Skip links

Insentif Penempatan Semula Aktiviti Perkilangan ke Kawasan-Kawasan Digalakkan

Insentif Kerajaan

Insentif Penempatan Semula Aktiviti Perkilangan ke Kawasan-Kawasan Digalakkan

Untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang kompetitif, syarikat-syarikat sedia ada yang menempatkan semula aktiviti-aktiviti perkilangan mereka ke kawasan-kawasan digalakkan, adalah layak untuk mendapatkan insentif berikut:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya.

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content