Skip links

Rawatan Perubatan

Bermastautin Di Pahang

Rawatan Perubatan

Rawatan perubatan disediakan di hampir semua daerah di Pahang dengan hospital-hospital dan klinik-klinik Kerajaan.

Hospital utama di Pahang ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Sultan Ahmad Shah Medical Centre (UIA) di Kuantan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden dan kemudahan perubatan seperti MRI dan pengimbas CT. Ia juga menjadi hospital pendidikan untuk Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu, terdapat hospital-hospital swasta seperti KMI Kuantan Medical Centre, KPJ Pahang Specialist Hospital, Pahang Medical Centre (PMC) an lain-lain yang mana kesemuanya terletak di Kuantan.

Untuk rawatan pesakit luar, pengamal perubatan umum di klinik-klinik milik persendirian amat mudah ditemui di kebanyakan kawasan perumahan. Kawasan pinggir bandar seperti Bandar Indera Mahkota disediakan dengan klinik-klinik Kerajaan.

Bayaran Rundingan Dikenakan oleh Pengamal Perubatan Umum.

RM US$
Ringan 30 – 35 9.05 – 10.56
Pertengahan 35 – 75 10.56 – 22.63
Besar (Major) 75 – 125 22.63 – 37.72

Bayaran Rundingan yang dikenakan oleh Pakar Kanak-kanak, Doktor-doktor Pakar dan Pakar Psikiatri di Hospital-hospital Swasta.

Rawatan Awal Rawatan Susulan
RM US$ RM US$
Biasa (Simple) 60 18.11 35 10.56
Pertengahan 120 36.21 60 18.11
Rumit (Complex) 180 54.32 90 27.16

Sumber: Persatuan Perubatan Malaysia

Bayaran Wad Hospital di Hospital Swasta

Kategori Wad Bayaran Satu Malam
RM* US$*
1 Katil 198 – 238 59.75 – 71.82
2 Katil 128 – 150 38.62 – 45.26
4 Katil 88 – 98 24.14 – 29.57

* Kadar bilik tertakluk kepada 5% Cukai Kerajaan

Maklumat lanjut: Senarai Hospital Kerajaan dan Swasta di Pahang (PDF: 54.8kb)

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content