Infrastruktur
Bekalan Tenaga Elektrik
Malaysia dianugerahi bekalan tenaga elektrik yang mencukupi oleh syarikat utiliti kebangsaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang membekalkan tenaga ke seluruh Semenanjung Malaysia. Ini bermakna penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik di negeri Pahang adalah di bawah tanggungjawab TNB.
Voltan penghantaran adalah pada 500kV, 275 kV dan 132 kV. Manakala voltan penjanaan adalah pada 33 kV, 22kV, 11 kV dan 415 V tiga fasa atau 240 V fasa tunggal. Sistem frekuensi ialah 50 Hz 1%. TNB juga menawarkan pakej elektrik dengan air dingin dan wap di bawah Penyelesaian Tenaga Menyeluruhnya untuk kebaikan industri tertentu yang memerlukan bentuk tenaga yang berganda untuk aktiviti pengilangan. (Sumber: MIDA)
Permohonan untuk bekalan elektrik boleh dilakukan melalui permohonan elektronik di laman web TNB atau anda boleh pergi ke mana-mana kedai TNB untuk maklumat lanjut.