Infrastruktur
Telekomunikasi
Rangkaian telekomunikasi Malaysia telah melalui peningkatan dan pengembangan yang banyak sejak beberapa tahun yang lalu. Hari ini, teknologi digital dan optik gentian digunakan untuk memberi perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti tinggi. Infrastruktur telekomunikasi negara ini dan harga bersaingan menawarkan kadar yang rendah untuk pelabur.
Malaysia dihubungkan ke dunia luar melalui pelbagai gentian optik dan konsortium satelit seperti FLAG, SE-MA-WE, APCN, China-US, Japanese-US, Measat and Intelsat. Untuk membantu permintaan yang semakin banyak untuk jalur lebar, teknologi medium dan atasan seperti IDSL,VPN dan ATM sedang giat dipasang di seluruh negara. (Sumber: MIDA)
Di Malaysia, pelanggan telefon boleh memilih dari lima penyedia perkhidmatan rangkaian untuk tempatan, domestik dan antarabangsa yang meliputi kemudahan suara dan data. Terdapat enam penyedia perkhidmatan Internet dan lima perkhidmatan telekomunikasi dan kemudahan rangkaian yang lain untuk menyokong perkhidmatan domestik dan antarabangsa sepenuhnya termasuklah telekomunikasi mudah alih.
Perkhidmatan Telefon Talian Tetap Asas
Caj Pendahuluan
Jenis Pemilikan | Jumlah (RM) |
Pemilikan Tunggal | 200 |
Perkongsian (cth: Enterprise) | 300 |
Sendirian Berhad (cth: Sdn Bhd) | 400 |
Berhad (cth: Bhd) | 500 |
Caj Sewa
Kapasiti Talian Pertukaran | Kadar Bulanan Perniagaan Semenanjung Malaysia (RM) |
Melebihi 1000 Talian | 45 |
501 - 1000 Talian | 45 |
500 Talian atau kurang | 20 |
Caj Panggilan
DAIL TERUS ANTARABANGSA | Setiap Minit (RM) |
Australia
German
Jepun
Taiwan
United Kingdom
USA
|
0.90
1.80
1.80
2.40
0.90
0.90
|
Caj-caj Lain
Caj-caj lain termasuklah duti setem, pemasangan dan pendawaian. Yuran adalah bergantung kepada penyedia telekomunikasi masing-masing. Caj dikenakan adalah antara RM10 hingga RM50.
Kemudahan Internet di Pahang di Masa Hadapan
Kuantan, Pahang telah bersedia menjadi bandar pertama di Malaysia menggunakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan capaian terbuka. Di penghujung 2010, dijangkakan 30,000 rumah dan pejabat dapat menggunakan kemudahan jalur lebar berkuasa tinggi dengan kelajuan antara 30Mbps hingga 100Mbps melalui pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.
Laman Web Berguna:
Telekom Malaysia
Celcom
DiGi Telecommunications
Maxis Mobile