Skip links

Padang Tengku Industrial Estate (Phase 1)

Kawasan Perindustrian

Padang Tengku Industrial Estate (Phase 1)

Kawasan Perindustrian Padang Tengku, Lipis dirancang menjadi hab industri berasaskan balak untuk Pahang. Antara jenis aktiviti yang beroperasi di kawasan ini termasuk pembuatan “chipboards”, “particleboards”, kepingan-kepingan kayu dan perabot.

Padang Tengku Industrial Estate Fast Facts
Jarak Dari Bandar Terdekat 30km dari pekan Kuala Lipis, 180km dari bandar Kuantan
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar) 47.02
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) 47.02
Jumlah Tanah (hektar) 34.9
Land Origin Tanah Negeri
Harga Jualan (RM per kaki persegi) RM 6.00 (boleh dirunding)
Cukai Tanah Tahunan (RM) RM15 untuk setiap bahagian 100 meter persegi untuk 2 hektar yang pertama dan RM10 untuk setiap 100 meter persegi atau sebahagian darinya tertakluk kepada pencukaian minima sebanyak RM150 untuk setiap pemilikan
Taksiran Tahunan 7% dari harta / nilai tanah
Tempoh Pajakan 99 tahun
Jenis Industri Berasaskan Kayu dan Perkhidmatan Kejuruteraan

Perbadanan Multinasional

Satu daripada nama-nama terkenal yang beroperasi di kawasan perindustrian ini ialah Mieco Chipboard Berhad yang menjadi perintis dalam penggunaan kayu getah untuk pengeluaran “chipboards”. Kilangnya di Kechau Tui adalah satu-satunya partikel “board line” terbesar di rantau Asia-Pasifik.

Maklumat lanjut:
Padang Tengku Industrial Estate (Phase 1) Plan (PDF: 125kb)

Klik untuk besarkan

Peta: Industrial Estate Map

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content