Bermastautin Di Pahang
Kolej dan Universiti
Melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Pahang adalah salah satu pilihan yang terbaik kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang telah bertapak terutamanya di bandar Kuantan. Ibu bapa boleh mempercayai akan kualiti dan taraf pendidikan yang disediakan oleh institusi-institusi ini kerana mereka diawasi dengan teliti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui jawatankuasa kawalan kualiti dan perundangan yang sesuai seperti Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.
Universiti dan kolej di sini menawarkan kursus sijil, diploma dan ijazah pertama dan kelayakan ijazah tinggi (dibidang akademik dan profesional). Jangka masa pengajian untuk program ijazah sarjana muda asas ialah 3 tahun dan kursus pengajian di peringkat ini ditawarkan oleh kedua-dua sektor pengajian awam dan swasta.
Institusi pengajian tinggi di negeri ini terdiri daripada dua kumpulan utama:
-
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (dibiayai oleh Kerajaan), contohnya, universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan perguruan.
- Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( dibiayai oleh pihak swasta) contohnya, universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan universiti luar dan kolej swasta. Pahang menawarkan pelajar antarabangsa pilihan yang pelbagai dari segi kursus dan pengkhususan. Salah satunya ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang cawangannya adalah dari kampus utama di Gombak, menawarkan ijazah dalam Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu (Radiografi, Optometri, Dietetik dan Audiologi), Kejururawatan dan Sains (Bio-perubatan dan Sains Fizikal).
Institusi Pengajian Tinggi Awam diuruskan oleh Kerajaan. Antara institusi yang terletak di Pahang ialah:
Institusi Pengajian Tinggi Swasta ialah institusi yang diuruskan oleh badan persendirian. Antara yang terletak di Pahang ialah:
Yuran Kursus yang Kompetitif
Selain daripada pilihan kursus yang banyak yang disediakan untuk pelajar, institusi pengajian tinggi di sini menawarkan yuran kursus yang kompetitif. Jadual berikut menunjukkan anggaran yuran tuisyen di pelbagai tahap pendidikan.
Pengajian Asas atau Pra-Universiti | |
GCE ‘A’, Level, UK | USD 3,140 – USD 4,860 (18 months) |
Ausmat, Australia | USD 2,570 – USD 3,140 (1 year) |
SAM, Australia | USD 2,570 – USD 3,860 (1 year) |
Canadian Pre-U, Canada | USD 3,430 – USD 4,430 (1 year) |
Pre-University, Malaysia | USD 2,290 – USD 3,230 (1 year) |
Kursus Persediaan untuk Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris | |
Test of English as a Foreign Language (TOEFL) | USD 143 – USD 229 (2 months) |
International English Language Testing System (IELTS) | USD 129 – USD 229 (2 months) |
Program Ijazah Sarjana Muda (dalam USD) | |||
Bidang Pengajian | Laluan Pengajian | ||
Keseluruhan Persiapan Ijazah | |||
(i) Kolej Swasta 3+0 Program Ijazah Luar (3 tahun) |
(ii) Kampus Cawangan Luar Universiti Swasta Malaysia (3 tahun) |
(iii) Program Ijazah Universiti Swasta Malaysia (3 tahun) |
|
Perniagaan | 11,150 – 14,290 | 13,710 – 24,000 | 8,570 – 11,430 |
Kejuruteraan | 12,860 – 14,860 (3 tahun, UK) | 21,140 – 40,000 (4 year – Aust) (3 tahun – UK) |
12,860 – 14,290 (4 tahun) |
Teknologi Maklumat | 9,710 – 12,860 | 13,430 – 25,140 | 9,430 – 12,290 |
Perubatan | – | 114,290 (5 tahun) | 62,860 – 108,570 (5 tahun) |
Pelancongan & Perhotelan |
13,710 – 18,570 | – | 12,000 – 14,290 |
Menyediakan Pelajar untuk Peperiksaan Profesional Luar | |
The Chartered Association of Certified Accountant (ACCA) | USD 3,290 – USD 4,290 |
The Chartered Institute o Management Accountant (CIMA) | USD 3,710 – USD 4,570 |
Institute of Chartered Secretaries & Administration (ICSA) | USD 2,860 – USD 3,430 |
Pengajian Lepas Ijazah ditawarkan oleh Universiti Awam dan Swasta | |
Master Business Dan Administration (MBA) | USD 5,710 – USD 16,740 |
Ph.D | USD 3,000 – USD 10,860 |
Sumber: Study in Malaysia Handbook oleh Challenger Concept (M) Sdn Bhd.
Perbelanjaan Sara Hidup yang Mampu Biaya
Kos perbelanjaan keseluruhan untuk tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar kampus secara dasarnya adalah berpatutan dan masih dalam lingkungan belanjawan kebanyakan orang. Bergantung pada lokasi dan pilihan pelajar, rata-rata kos sewa bilik (dwi inap) untuk seorang pelajar adalah antara RM300-RM450 (USD86-USD129). Perbelanjaan lain seperti makanan, pengangkutan, dobi dan keperluan asas lain,dianggarkan antara RM700-RM950 (USD200-USD270) sebulan ,berdasarkan gaya hidup yang sederhana.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kos sara hidup di antara Malaysia dengan negara-negara lain:
Contoh Perbandingan Kos Pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer, Universiti Australia (3 tahun) | ||
Perkara | Kampus Cawangan Universiti Australia di Malaysia |
Universiti Australia |
Yuran Pengajian | USD 8,650 | USD 17,000 |
Kos Sara Hidup | USD 4,290 – 5,710 | USD 14,290 – 16,430 |
Insurans Kesihatan | USD 60 | USD 250 |
Purata Kos Pengajian (setahun) | USD 13,670 | USD 32,440 |
Jumlah Kos Pengajian | USD 41,010 | USD 97,330 |
Anggaran Kos Pengajian untuk Program Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan dan Kesenian ( setahun) di Pelbagai Negara | |||
Negara | Yuran Pengajian | Kos Sara Hidup | Jumlah Kos |
Australia (awam) | USD 8,500 | USD 8,500 | USD 17,000 |
Kanada (awam) | USD 7,500 | USD 9,000 | USD 16,500 |
Perancis (awam) | minimal | USD13,000 | USD 13,000 |
Malaysia (swasta) | USD4,600 | USD4,000 | USD9,000 |
New Zealand (awam) | USD 10,000 | USD 11,500 | USD 21,500 |
Singapura (swasta) | USD 6,500 | USD 10,000 | USD 16,500 |
United Kingdom (awam) | USD 14,000 | USD 12,500 | USD 26,500 |
USA (awam) | USD 13,000 | USD 12,000 | USD 25,000 |
USA (swasta) | USD 22,000 | USD 13,000 | USD 35,000 |
Sumber: Challenger Concept Research Team
Kelebihan-kelebihan Lain:
-
- Sistem pengangkutan yang baik,memudahkan pergerakan dan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati untuk bersantai.
- Persekitaran geografi yang selamat, dengan kedudukan Pahang yang terletak di zon bebas bencana alam.
- Undang-undang mesra pelajar, yang membenarkan pelajar antarabangsa bekerja separuh masa ketika belajar di Malaysia dengan masa bekerja minima 20 jam seminggu (tertakluk kepada syarat-syarat imigresen).
- Syurga makanan dengan banyak variasi makanan termasuk makanan vegetarian, halal, etnik dan barat.
- Negara yang selamat dari segi ekonomi dan sosial, mempunyai kerajaan yang kukuh dan kadar jenayah yang rendah.
- Penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas menjadikan kehidupan dan pembelajaran adalah mudah untuk pelajar yang mahir dalam Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama mewujudkan satu persekitaran yang baik kepada mereka yang ingin mempelajari bahasa tersebut.