Insentif Kerajaan
Insentif untuk Taraf Perintis
Taraf Perintis ialah salah satu insentif cukai utama untuk syarikat-syarikat yang melabur dalam sektor pembuatan. Kelayakan untuk Taraf Perintis adalah diasaskan keutamaan tertentu termasuk tahap nilai tambah, teknologi digunakan dan hubungan perindustrian.
Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati 5 tahun pengecualian sebahagian daripada pembayaran cukai pendapatan. Ia membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya dengan tempoh pengecualian bermula dari Hari Pengeluaran.
Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas tempoh perintis.
Untuk menggalakkan pelaburan di Pahang (kawasan dikenali “Koridor Timur”), syarikat-syarikat akan menikmati 100% pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun masing-masing semasa tempoh pengecualian 5-tahun mereka. Semua permohonan yang diterima sebelum 31 Disember 2010 akan layak untuk insentif ini.
Permohonan-permohonan untuk Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Nota:
Pendapatan berkanun: adalah diperolehi selepas menolak perbelanjaan hasil dan elaun modal dari pendapatan kasar.
Hari Pengeluaran: ditakrifkan sebagai hari paras pengeluaran mencecah 30% daripada kapasiti.