Skip links

Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd

Syarikat Pilihan

Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd

Prinsip Pelaburan

Prinsip am pelaburan Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd secara dasarnya merangkumi perkara-perkara berikut: pertamanya, aspek komersil: keduanya, aspek teknikal; ketiga, risiko yang terlibat, dan yang terakhir kestabilan politik dan kemudahan keselamatan.

Aspek Komersil: kajian komersil kebolehlaksanaan dijalankan sebelum sesuatu pelaburan atau projek boleh dilaksanakan. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada aspek kewangan termasuklah kos, pulangan pelaburan permintaan dan pengeluaran, keuntungan dan sebagainya.

Aspek Teknikal: kajian kebolehlaksanaa dijalankan untuk memastikan keperluan teknikal dari segi teknologi, kepakaran dan peralatan.

Risiko: semua elemen risiko perlu dikaji sama ada boleh memberi kesan terhadap keperluan perniagaan dan operasi. Kestabilan Politik dan Keselamatan: Ini untuk memastikan tiada gangguan kepada aktiviti perniagaan.

Kestabilan dan Keselamatan Politik: ini adalah untuk memastikan tiada gangguan kepada aktiviti perniagaan.

Bagaimana bermulanya operasi syarikat di Pahang?

Dengan tersedianya sumber gas asli di Gebeng, Kerajaan Negeri Pahang sangat berminat untuk mewujudkan pusat petrokimia di Pantai Timur untuk merangsang ekonomi tempatan. Gas asli yang melalui negeri ini sejak pertengahan tahun 80an, telah dijumpai di perairan pantai Terengganu.

Di masa yang sama, Akta Kualiti Udara menyebabkan terciptanya alternatif untuk plumbum sebagai oktana penggalak dalam gasolin tanpa plumbum. MTBE menjadi pilihan utama ditambah pula dengan adanya butana dan pentana dari GPP di Kerteh serta metanol dari Labuan. Faktor-faktor inilah yang membolehkan projek MTBE yang diuruskan oleh MMSB (syarikat usaha sama Petronas yang ditubuhkan pada bulan Mac 1989) dilaksanakan. Loji ini siap pada tahun 1992 dengan harga RM1.053 bilion, yang pertama di Asia menggunakan teknologi proses “ Oleflex Dual Feed Dual Product” dari UOP (USA).

Mengapa memilih Pahang?

Penemuan minyak dan gas di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah sangat penting kepada ekonomi Malaysia tetapi keperluan untuk aktiviti hiliran juga adalah penting untuk memberi nilai tambahan kepada perniagaan minyak dan gas. Atas sebab ekonomi juga, MTBE telah dicadangkan oleh Petronas untuk aktiviti pengeluaran dan lokasi dipilih, pada masa yang sama PKNP bercadang untuk membina kawasan industri di Gebeng di bawah program pembangunan wilayah ekonominya. MMSB di bawah teraju Petronas sepatutnya menjadi pelopor untuk pengilang-pengilang lain menempatkan kilang mereka di Gebeng.

Kami memilih Gebeng, Kuantan sebagai lokasi pelaburan berdasarkan faktor-faktor berikut:

    • Kawasan Perindustrian yang diwartakan: Gebeng ialah kawasan perindustrian yang diwartakan dimana pelabur dari dalam dan luar negara (Malaysia) diberi keutamaan untuk melabur dan mengendalikan kilang dan perniagaan di Pahang. Kemudahan dan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, stok suapan dan lain-lain telah tersedia di Gebeng untuk pelaburan perniagaan.
    • Berdekatan dengan stok suapan: Kawasan Perindustrian Gebeng hanya 90 kilometer jauhnya dari Loji Pemprosesan Gas (GPP) di Kerteh, Terengganu yang membekalkan stok suapan dalam bentuk propana dan butana ke loji kami melalui sistem talian paip terus GPP. Tanpa bekalan stok suapan ini, loji kami tidak akan wujud.
    • Berdekatan dengan Pelabuhan Kuantan: Kemudahan pelabuhan Kuantan yang diuruskan oleh Kuantan Port Consortium (KPC) menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada industri dan perniagaan di Kuantan. Bagi kami, perkhidmatan Pelabuhan Kuantan adalah penting untuk pengangkutan dan pengedaran stok suapan kami contohnya metanol dari Labuan dan juga produk kami kepada pelanggan domestik dan antarabangsa. Di samping itu, ia juga menyediakan kemudahan penyimpanan untuk produk dan stok suapan kami.


Bagaimana PKNP membantu MTBE?

PKNP telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosi pelabur di Pahang dan antara peranan yang dimainkan oleh PKNP termasuklah:

    • Komunikasi dan janji temu yang efektif dengan pelabur/pemegang saham untuk memastikan undang-undang dan peraturan negeri dan persekutuan difahami dengan jelas.
    • Penyelesaian masalah atau isu yang dihadapi oleh para pelabur – PKNP telah memberi maklum balas dengan segera semua aduan atau isu yang ditimbulkan oleh pelabur dengan mengatur mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan/agensi Kerajaan untuk membincangkan dan menyelesaikan isu dengan berkesan. Ini telah menggalakkan pelabur untuk memilih Gebeng/Pahang sebagai pilihan terbaik untuk pelaburan perniagaan.
    • PKNP telah memainkan peranan yang sangat berkesan dalam menyelaraskan semua agensi dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kemudahan awam dan infrastruktur mencukupi. Ketika MTBE dan pengguna lain di Kuantan berhadapan dengan masalah air, PKNP telah mengatur beberapa siri mesyuarat dengan JBA dan hasilnya masalah air telah diatasi dengan baik dan membolehkan kilang beroperasi dengan lancar.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content