Peluang
Automotif
Di dalam daerah Pekan iaitu Kawasan Perindustrian Peramu telah diwartakan sebagai hab untuk pemasangan, pembekalan dan pengedaran komponen automotif untuk negeri Pahang. Ia menjadi pusat pembuatan dan pengeluaran automotif untuk Rantau Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mana sejajar dengan Dasar Automatif Negara yang telah memilih Pekan sebagai pusat utama untuk pengeluaran automotif tempatan.
Hab Automotif
Bekerja ke arah itu, suatu tempat antara Pekan dan Kuantan akan dimajukan sebagai pusat komersil untuk automotif dan pusat pengedaran utama untuk rantau ini. Dibawah program ECER, dua inisiatif sedang dilaksanakan iaitu Hab Komersil Automotif di Kuantan dan Hab Industri Automotif antara Pekan dan Kuantan.
Kemudahan dan Infrastruktur
Kluster automotif merangkumi kawasan seluas 175 hektar untuk menyokong pelbagai aktiviti-aktiviti perindustrian seperti pengeluaran dan pemasaran, pembuatan komponen badan kenderaan serta pemeriksaan pemasangan kenderaan. Kawasan Perindustrian Peramu juga adalah hab untuk pemasangan kenderaan serta industri-industri berkaitan seperti pembuatan komponen automotif, alat-alat ganti dan tayar.
Barisan Pengeluaran Bertaraf Dunia
Salah satu syarikat automotif utama dunia, Daimler Chrysler AG, telah melabur kira-kira RM100 juta ke atas kemudahan pemasangan tanda aras di Pekan. Ia telah menjadi lokasi pemasangan nombor satu di Malaysia yang menghasilkan kereta-kereta berkualiti tertinggi dan julat terbesar pemasangan model tempatan.
Kompleks tersebut juga adalah tempat barisan produksi bertaraf dunia untuk nama-nama terkenal seperti Mercedes-Benz, Isuzu, Suzuki, Mitsubishi and Daewoo. Di barisan hadapan ialah konglomerat tempatan, DRB-Hicom Berhad, yang telah melabur hampir RM746 juta di kompleks tersebut dan ianya termasuk pembinaan dua kilang automotif, pusat PDI dan kilang untuk kenderaan tujuan khas tentera. Dan seterusnya, untuk meningkatkan status Pekan sebagai hab automotif perdana di rantau ini, DRB-Hicom telah mencatat kemajuan dengan menyediakan kolej automotif peringkat dunia, yang akan memulakan pendaftaran kumpulan pelajar pertamanya dalam tahun 2010.