Skip links

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Insentif Kerajaan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah satu inisiatif pembangunan sosio-ekonomi rakyat oleh Kerajaan Malaysia. ECER meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Merangkumi kawasan seluas kira-kira 66,736 kilometer persegi, iaitu lebih kurang separuh daripada saiz Semenanjung Malaysia, misi utama ECER ialah untuk merangsang pertumbuhan rantau ini ke arah menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Wawasan ini telah ditetapkan untuk dicapai dengan mempercepatkan transformasi rantau ini menjadi destinasi pelancongan antarabangsa utama, pengeksport sumber-sumber asas dan produk-produk perkilangan Malaysia, serta sebagai hub perdagangan, infrastruktur dan pusat logistik.

Bagi memastikan kejayaan ECER, Kerajaan akan menumpukan kepada memajukan sektor ekonomi kelompok asas di bawah lima lonjakan ekonomi utama. Lima kelompok utama yang telah dikenalpasti untuk menggerak naik nilai rantaian ekonomi rantau ini ialah: pelancongan; minyak, gas dan petrokimia; perkilangan; pertanian dan pendidikan. Empat kunci pemangkin telah dikenal pasti untuk menyokong pembangunan dan menarik pelaburan ke rantau ini iaitu pengangkutan, infrastruktur, hartanah dan inisiatif-inisiatif seperti yang telah dirangka di dalam Pelan Induk ECER untuk jangkamasa 12 tahun.

Insentif Kerajaan

Untuk melayakkan syarikat-syarikat mendapat pakej insentif-insentif khas ECER, projek-projek seharusnya diluluskan oleh Majlis Pembangunan ECER. Insentif hanyalah ke atas projek-projek yang beroperasi sebelum 31 Disember 2015.

Insentif-insentif adalah disesuaikan untuk keperluan lima kelompok ekonomi iaitu pelancongan, petrokimia, perkilangan, pendidikan dan pertanian.

Pengusaha-pengusaha pelancongan, contohnya, layak untuk mendapat pengecualian cukai sebanyak 100% dengan membawa masuk 500 atau lebih pelancong asing setahun ke kawasan ECER atau mengadakan pakej pelancongan untuk 1,200 dan lebih pelancong tempatan setahun.

Ramai pelabur layak mendapat pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun, pengecualian duti setem pada pemilikan tanah, pengecualian cukai tertahan dan pengecualian dari duti import, cukai jualan dan duti eksais pada peralatan import untuk projek-projek mereka.

Pemansuhan Cukai Perolehan Hartanah untuk projek yang telah diluluskan boleh memudahkan pelabur-pelabur mencari jalan keluar apabila projek mereka sudah boleh bertahan. Untuk projek eko-pelancongan dengan jumlah minima RM5 juta yang ditubuhkan di taman-taman negeri Tasik Kenyir, Bukit Terengganu, Wetland Setiu, Tasik Chini, Nenggiri dan Pusat Pemerhatian Penyu Marin Global Bukit Stong di Terengganu, Pusat Pelindungan Gajah Kuala Gandah dan Pusat Pengangkutan, Rehat dan Rekreasi Bersepadu Gua Musang, pengecualian cukai pendapatan untuk 5 tahun atau elaun cukai pelaburan (ITA) berjumlah 100% dari perbelanjaan modal selama 5 tahun layak ditawarkan sebagai satu insentif.

Potensi untuk rantau belum membangun ini adalah sangat besar dan ganjarannya juga sangat menggalakkan. Pelaburan dalam segmen pelancongan pantai tanah besar, misalnya, akan membenarkan pelabur-pelabur untuk mewujudkan kehadiran segera di daerah berhadapan pantai utama dengan potensi besar untuk pertumbuhan dimasa hadapan. Majlis Pembangunan ECER dan kerajaan-kerajaan negeri berazam untuk memastikan senario ini berlaku.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content