Skip links

Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Mula berkuat kuasa dari Tahun Taksiran 2009, bagi tujuan pengenaan cukai pendapatan dan insentif cukai, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ditakrif semula sebagai sebuah syarikat pemastautin di Malaysia yang mempunyai modal berbayar bagi saham biasa sebanyak RM2.5 juta atau kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran di mana syarikat ini tidak boleh dikawal oleh sebuah syarikat lain yang mempunyai modal berbayar melebihi RM2.5 juta.

PKS layak mendapat kadar cukai syarikat yang lebih rendah sebanyak 17% ke atas pendapatan tercukai sehingga RM500,000. Kadar cukai ke atas baki pendapatan tercukai kekal pada 24%.

Syarikat Berskala Kecil

Buat masa ini, syarikat berskala kecil yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang saham yang tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti rakyat Malaysia, layak mendapat insentif cukai bagi syarikat berskala kecil di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Mula berkuat kuasa dari 3 Julai 2012, syarikat berskala kecil ditakrifkan semula sebagai syarikat yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang saham tidak melebihi RM2.5 juta dan mempunyai 60% hingga 100% ekuiti rakyat Malaysia.

Syarikat berskala kecil mestilah memenuhi kriteria berikut:-

i. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965.

ii. Dana pemegang saham tidak melebihi RM2.5 juta dengan pemilikan ekuiti oleh rakyat Malaysia seperti berikut:

  • Dana pemegang saham syarikat tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti rakyat Malaysia.
  • Dana pemegang saham syarikat melebihi RM500,000 dan tidak melebihi RM2.5 juta dengan mempunyai sekurang-kurangnya 100% ekuiti rakyat Malaysia.

Syarikat berskala kecil layak mendapat insentif berikut:

i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun selama tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan.

Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut.

ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang ditanggung untuk tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak daripada sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Sebuah pemilikan tunggal atau perkongsian layak memohon insentif ini dengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad/syarikat berhad baru ditubuhkan untuk mengambil alih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada.

i. Bagi syarikat berskala kecil dengan dana pemegang saham sebanyak RM500,000 dan kurang yang terlibat dalam aktiviti digalakkan atau menghasilkan keluaran digalakkan dalam senarai syarikat kecil yang digalakkan (sila lihat Lampiran III: Syarikat Kecil) atau dalam Senarai Am (sila lihat Lampiran I: Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Am).

ii. Bagi syarikat berskala kecil dengan dana pemegang saham melebihi RM500,000 dan tidak melebihi RM2.5 juta yang terlibat dalam aktiviti digalakkan atau menghasilkan keluaran digalakkan dalam senarai syarikat kecil yang digalakkan (sila lihat Lampiran III: Syarikat Berskala Kecil).

iii. Bagi syarikat berskala kecil dengan dana pemegang saham melebihi RM500,000 dan tidak melebihi RM2.5 juta yang terlibat dalam aktiviti digalakkan atau menghasilkan keluaran digalakkan dalam senarai galakan am (sila lihat Lampiran I: Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Am).

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content