Skip links

Insentif bagi Projek Strategik

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Projek Strategik

Projek strategik melibatkan keluaran atau aktiviti berkepentingan negara. Lazimnya, ia melibatkan pelaburan yang besar dengan tempoh gestasi yang lama, berparas teknologi yang tinggi, bersepadu, menjana rangkaian yang luas, dan mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi. Projek sedemikian layak mendapat:

i) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan.

Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan selama tempoh tujuh tahun berturut-turut.

ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang ditanggung dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak daripada sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content