Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Pekerja Mahir dan Berpengalaman


Print Email

Malaysia sentiasa meletakkan tumpuan yang kuat kepada pembangunan modal insan melalui latihan dan pendidikan.
 
Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja berdisiplin dan untuk menggalakkan pemerolehan kemahiran yang perlu, Pahang terlibat secara aktif dalam latihan sumber manusia. Sekolah-sekolah vokasional, sekolah-sekolah teknik, politeknik, institut-institut latihan kemahiran, maktab-maktab dan universiti-universiti seperti Pahang Professional Development Institute, Pahang Skills Development Centre, dan Universiti Malaysia Pahang menyediakan kursus-kursus bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja pelabur-pelabur ke negeri ini.
 
Sebagai contoh, Institut Latihan Perindustrian Kuantan (ILP) telah menempatkan sebuah pusat latihan di Gebeng untuk memudahkan penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk keperluan pelbagai industri. Skim-skim latihan ILP diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Malaysia.  Untuk memastikan keperluan tenaga buruh sedia ada untuk operasi-operasi di Kawasan Perindustrian Gebeng, kursus-kursus ditawarkan berkaitan dengan perusahaan-perusahaan yang ada di Gebeng seperti pemesinan am, kimpalan, penyediaan struktur logam dan pembinaan, rekaan logam kepingan, pendawaian elektrik, perindustrian dan pengguna elektronik serta kemahiran melukis pelan.
 
Tenaga kerja sedia ada di Pahang dalam pelbagai sektor:
Agensi / Institusi Bidang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Sains Perubatan, Farmasi, Penggabungan Sains Kesihatan, Kejururawatan dan Pergigian.
Universiti Malaysia Pahang Dikenali dengan konsep “Kilang Pengajaran" (Teaching Factory) - Kejuruteraan, Teknologi, Sains Perindustrian, Sains Komputer.
Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang Keselamatan dan kesihatan kilang memproses, pembuatan automotif (operasi kilang dan penyelenggaraan), peralatan memproses dan teknologi kawalan, robot dan automasi.
Optik gentian, teknologi maklumat & komunikasi dan rangkaian komunikasi mobile, komunikasi data dan wayarles, pembangunan teknologi kandungan kreatif, pembangunan aplikasi.
Institut Latihan Perindustrian Kuantan Kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan eletrik, kejuruteraan awam dan kejuruteraan teknologi maklumat.
Sekolah Vokasional dan Teknik, Politeknik Menyediakan belia-belia untuk bekerja di dalam pelbagai bidang pekerjaan, mekanikal, elektrik, pekerjaan pembinaan dan percetakan.
 
Kemudahan Pengambilan Pekerja 
Selain daripada agensi pekerjaan persendirian berdaftar, majikan dan pencari kerja boleh mendapatkan bantuan daripada pejabat pekerjaan kerajaan yang terdapat di seluruh negara. Majikan yang ingin mengambil pekerja boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai pencari kerja yang berdaftar dengan pejabat-pejabat pekerjaan tersebut yang mempunyai fungsi merangkumi:
  • Menjalankan kempen publisiti untuk membantu gerakan pengambilan pekerja 
  • Mengatur kerja-kerja persiapan berkaitan mengadakan temuduga dan ujian kebolehan
Selain daripada itu, politeknik dan kolej-kolej komuniti di negeri Pahang juga menyediakan kemudahan untuk bakal majikan menjalankan temu duga untuk pelajar-pelajar yang bakal menamatkan pelajaran di institusi-institusi mereka.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution