Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

UDA, Pasdec Meterai MoU Untuk Bangunkan Tanah 60 Hektar Di Bukit Tinggi


Print Email

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- UDA Holdings Bhd dan Pasdec Corp Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PASDEC Holdings Bhd, Jumaat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama melaksanakan pembangunan komersial di kawasan seluas 60 hektar di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata melalui kerjasama berkenaan, tanah tersebut akan dimajukan pada skala komersil.

Bagaimanapun, bentuk pembangunan berkenaan masih dalam kajian, katanya.

"Kami mempunyai idea mengenai apa yang akan dilakukan, projek tersebut mungkin tidak komersil sepenuhnya dalam jangka pendek, (tetapi) terdapat potensi, masa yang sesuai dan tanah boleh dimajukan.

"Malah jika projek itu tidak mewujudkan nilai komersil dengan pembayaran balik segera, kami mungkin meninjau untuk membina sesuatu seperti pusat latihan," katanya kepada pemberita selepas pemeteraian MoU tersebut di sini Jumaat.

Nur Jazlan berkata syarikat akan mengumumkan butiran projek berkenaan kemudiannya.

Beliau berkata adalah menjadi hasrat syarikat untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan maklumat serta sumbangan kepada peningkatan sosio-ekonomi penduduk tempatan apabila projek tersebut dilaksanakan.

"Kerjasama ini dipercayai sebagai permulaan bagi usaha sama antara UDA dan PASDEC dan diharapkan selepas ini, UDA akan diberikan kepercayaan untuk terlibat secara langsung dalam projek pembangunan lain di Pahang," katanya.

Semasa ditanya mengenai nilai tanah seluas 60 hektar itu, Pengerusi PASDEC Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Menteri Besar Pahang berkata kos tanah itu kira-kira RM45 juta sebelumnya tetapi "tidak tahu nilai semasa."

Sumber : BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution