Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Halfest Jangka 50,000 Pengunjung Dan RM28 Juta Jualan


Print Email

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- HALFEST 2011 yang merupakan platform bagi pengguna di negara ini mengenali lebih dekat produk-produk halal keluaran tempatan, menjangka mendapat sambutan hangat dengan 50,000 pengunjung dan RM28 jualan sepanjang acara itu dari 12 hingga 16 Oktober ini.

HALFEST 2011 ialah ekspo khusus untuk pengguna, dan boleh dikunjungi sesiapa sahaja tidak mengira umur, berbeza daripada MIHAS (Pameran Halal Antarabangsa) yang memberi tumpuan kepada syarikat yang mempunyai daya eksport, dan pengunjung berusia 18 tahun ke atas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat HALFEST, Mohd Shukri Abdullah pada sidang akhbar mengenai HALFEST hari ini.

Beliau berkata MIHAS telah berkembang dan fokusnya untuk syarikat yang berkeupayaan untuk mengeluarkan produk untuk eksport manakala HALFEST merupakan platform baharu bagi syarikat yang belum berkeupayaan mengeluarkan produk untuk eksport.

Beliau berkata MIHAS menetapkan syarat penyertaan yang ketat, dan tahun lepas 130 syarikat tempatan yang tidak berdaya eksport diketepikan daripada menyertai ekspo anatarabangsa itu.

HALFEST dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Halal.

Beliau berkata 83 peratus daripada syarikat yang menyertai HALFEST 2011 terdiri daripada syarikat Bumiputera, dan lebih 500 syarikat telah menempah ruang pameran masing-masing.

Mohd Shukri berkata RM4.85 juta dibelanjakan untuk menjayakan Halal Fiesta Malaysia tersebut.

Beliau berkata objektif penganjuran HALFEST ialah untuk membudayakan Halal dalam kalangan rakyat Malaysia selain mengetengahkan kepada rakyat bahawa Malaysia menyediakan pilihan yang luas bagi produk dan perkhidmatan Halal.

Hanya usahawan Malaysia atau syarikat asing yang mempunyai pejabat jualan di Malaysia, dibenarkan mempamerkan produk dan perkhidmatan pada HALFEST, katanya.

Antara yang turut memeriahkan HALFEST kali ini ialah Master Chef Noordin Ahmad yang mahu membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam bidang makanan dari segi membaiki mutu produk, citarasa dan pembungkusan.

Noordin, yang merupakan pemilik syarikat Intan Emas Mutiara Enterprise, menyatakan kesediaan memimpin usahawan Bumiputera bagi membolehkan mereka berjaya dalam bidang makanan.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas di luar negara, menekankan pentingnya Halal, kebersihan dalam penyediaan makanan selain memodenkan makanan Melayu.

Beliau menyediakan contoh makanan dalam bentuk pes dan makanan jejari bagi menguji citarasa pengguna.

Turut menyertai HALFEST ialah Nutrifres Food & Beverages Industries, yang berjaya menembusi pasaran di 12 negara dan menjangka dapat menembusi pasaran Amerika Syarika dan China tahun hadapan.

Pengurus besarnya, Kevin Lim, berkata HALFEST bukan sahaja membantu syarikat tersebut mempromosi produknya malah membina kesetiaan jenama dalam kalangan pelanggan.

Beliau berkata syarikat tersebut yang mengeluar 50 produk, dengan pasaran terbesarnya Indonesia, berjaya menembusi pasaran luar berdasarkan keupayaannya memenuhi kehendak pasaran, termasuk peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa di setiap pasaran.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution