Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Firma Halal Malaysia Digesa Bersaing Dari Segi Harga Dan Kualiti


Print Email

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Syarikat Malaysia yang terlibat dalam perniagaan halal, digesa bersaing dari segi harga dan strategi penjenamaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal Datuk Seri Jamil Bidin berkata syarikat perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang mencukupi mengenai harga, penjenamaan dan daya saing kualiti.

"Jika kriteria ini tidak diberi tumpuan, syarikat mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk bersaing dengan barangan halal import yang mungkin lebih murah berbanding harga yang mereka tawarkan.

"Pensijilan sahaja tidak mencukupi untuk syarikat Malaysia dalam perniagaan halal untuk berkembang dan bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya dalam ucapan pada pelancaran Halal Fiesta (Halfest) 2011 di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed melancarkan acara itu bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh.

Jamil berkata syarikat Malaysia mempunyai potensi baik untuk berkembang dalam perniagaan makanan halal dan tidak halal di rantau ini, namun mereka mesti memiliki pengetahuan dan keupayaan yang bersesuaian bagi menembusi pasaran tempatan dan asing.

"Penggiat halal Malaysia juga mesti mengenal pasti peluang untuk berkembang dan tidak berpuas hati dengan apa yang ada," katanya.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution