Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

TNB beli tenaga janaan tandan sawit


Print Email

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah memeterai Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui (REPPA) dengan FTJ Bio Power Sdn. Bhd. (FTJ Bio Power) bernilai kira-kira RM18.4 juta setahun.

TNB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, FTJ Bio Power membangunkan projek kuasa tenaga boleh diperbaharui kecil di bawah Program Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Kecil (SREP).

Ia bersetuju untuk membeli tenaga elektrik daripada FTJ Bio Power bagi tempoh 21 tahun.

Gergasi utiliti tersebut berkata stesen janakuasa tenaga boleh diperbaharui yang dibangunkan oleh FTJ Bio Power menggunakan tandan buah kosong sebagai bahan api itu terletak di Jengka, Pahang dan akan mempunyai kapasiti eksport 10 MegaWatt (MW) kepada TNB.

Jumlah kapasiti di bawah REPPA ketika ini ialah 129.65 MW, kata TNB.

Program SREP dilancarkan oleh kerajaan pada Mei 2001 untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam penjanaan kuasa dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Menurut TNB, permeterian perjanjian itu menunjukkan sokongan berterusan TNB terhadap kejayaan Program SREP Kerajaan.

Perjanjian itu tidak akan membawa sebarang kesan kepada modal terbitan dan berbayar dan juga sebarang kesan material bagi pendapatan dan aset bersih Kumpulan TNB atau kepada pemegangan saham pemegang saham utama TNB, kata syarikat utiliti itu.


Sumber: Utusan Malaysia Online (BERNAMA)


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution