Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Proses Transformasi Pembangunan Ditumpukan Di Luar Bandar


Print Email

PEKAN, 9 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses transformasi pembangunan akan ditumpukan kepada kawasan-kawasan di luar bandar supaya pembangunan itu seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh penduduk kawasan bandar.
 
Perdana Menteri berkata langkah kerajaan membangunkan negara tidak hanya ditumpukan kepada sesuatu tempat sahaja tetapi dilaksanakan secara menyeluruh dan menepati kehendak rakyat.
 
"Saya mahu melihat proses transformasi pembangunan turut berlaku bukan sahaja hanya di Lembah Klang tetapi juga kawasan luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci rumah kepada 130 buah keluarga di Agropolitan Pekan, Batu 8, Mukim Lepar, di sini, Sabtu.
 
"Dalam erti kata lain jangan tidak ada rakyat yang tidak mendapat manfaat hasil transformasi itu kerana pembangunan dilakukan adalah menyeluruh dan membawa kesejahteraan kepada negara," katanya.
 
Katanya pembangunan di luar bandar telah dilaksanakan sejak pelancaran Buku Merah yang diilhamkan oleh ayahnya, bekas perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
 
Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata tumpuan pembangunan tidak akan berhenti begitu sahaja malah ia diteruskan dengan memberi tumpuan terhadap pembangunan masayarkat desa menerusi bidang ekonomi dan sosial.
 
Katanya rakyat di luar bandar perlu menikmati taraf hidup yang lebih baik menerusi program transformasi yang dibawa oleh kerajaan.
 
Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution