Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Kos Sara Hidup


Print Email

Kos sara hidup di Malaysia merupakan salah satu yang terendah di Asia dan akan kekal begitu untuk satu waktu yang sangat lama. Ini dicapai melalui pemantauan ekonomi yang berkesan oleh Kerajaan dalam memastikan inflasi tetap rendah sepanjang masa, dan demikian juga dengan harga barang dan perkhidmatan.

Malaysia telah mencapai satu rekod yang mengagumkan dalam memelihara kestabilan ekonomi dan politik dengan Kerajaan sama berkuasa selama bertahun-tahun, satu pewarisan yang tidak dipecah semenjak kemerdekaan. Taraf hidup telah bertambah baik selama sedekad ini dan ramai rakyat Malaysia sekarang mempunyai akses kepada perkhidmatan dan kemudahan yang serupa dengan kebanyakan negara maju. (Sumber: MIDA)

Makanan dan Minuman
Sebahagian besar kominiti mempunyai pasar segar mereka sendiri yang menjual semua jenis produk daging, makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Produk dan hasil ini, kebanyakkannya dipelihara atau ditanam sendiri, dijual secara meluas, segar dan dengan harga yang sangat rendah. Menjamu selera di luar sangat mampu walaupun ada juga restoran-restoran bertaraf tinggi yang agak mahal. Malaysia terkenal dengan medan selera terbukanya yang menyediakan pelbagai masakan tempatan penjaja yang murah dan menyelerakan yang boleh didapati di kebanyakan bandar. Berikut adalah beberapa contoh harga makanan dan minuman (secara purata).

Contoh Makanan Harga (RM)
Makan tengahari biasa (Makanan Asia dengan minuman ringan) 6.00 – 10.00
Roti putih (satu buku) 2.10
Spageti dimasak 8.00
Oren (8 biji) 6.00
Air mineral 1.5 liter 1.50
Susu 1 liter 5.00
Coca-cola (325ml - tin) 1.20
McDonalds Value Meal 8.50
Piza biasa 16.50
 
Hiburan dan Membeli-belah
Malaysia adalah syurga membeli-belah dan Pahang tidak terkecuali. Terdapat beberapa pusat membeli-belah berkualiti tinggi di seluruh negeri terutamanya di Kuantan yang menjual pelbagai jenama buatan antarabangsa dan tempatan. Berikut adalah beberapa contoh hiburan dan aktiviti rekreasi seperti panggung wayang, sukan dan rekreasi, dan lain-lain termasuk dandanan peribadi.

Contoh Perbelanjaan Harga (RM)
Tiket wayang (seorang) 8.00 – 10.00
Kelab Kesihatan (yuran bulanan) 80.00 – 175.00
Potongan rambut lelaki 15.00
Potongan rambut wanita 30.00 – 60.00
Keahlian korporat kelab golf 30,000.00 – 110,000.00
 
Perjalanan Dengan Kereta
Kereta adalah cara pengangkutan yang paling mudah di Malaysia dan membeli sebuah kereta baru atau terpakai agak mudah dan mampu. Permit Kelulusan (AP), dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), diperlukan untuk pengimportan kereta-kereta.

Petrol dan disel dijual oleh syarikat petroleum tempatan, Petronas, dan syarikat-syarikat utama minyak antarabangsa seperti Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil. Harga petrol dan disel adalah tertakluk kepada semakan berdasarkan perubahan harga dunia.

Pembantu Rumah
Pembantu rumah kebanyakannya adalah pekerja asing (seperti rakyat Indonesia dan Filipina). Banyak agensi boleh menguruskan segala perkara berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah. Kebiasaannya pembantu rumah membantu kerja-kerja asas rutin rumahtangga dengan anggaran gaji dari RM500 hingga RM800 sebulan. Terdapat kos-kos tambahan (yuran agensi, perubatan dan kos penghantaran balik) yang akan digariskan oleh agensi pekerjaan.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution