Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Sukan dan Rekreasi


Print Email

Pahang terkenal sebagai destinasi menarik untuk aktiviti rekreasi luar. Kebanyakan pelawat mengunjungi Pahang kerana pantainya, pulaunya serta aktiviti rekreasinya. Beberapa acara tahunan antarabangsa telah mencetuskan minat dalam acara sukan seperti Malaysian International Dirt Bike di Kuala Lipis dan International Monsoon Madness di Kuantan.

Berlayar dan Meluncur
Pantai Cherating terkenal di kalangan peluncur-peluncur, malahan perkampungan lama Cherating telah dikenali sebagai “Syurga Peluncur” sejak tahun 1970-an lagi. Pantai Balok pula merupakan satu lagi tarikan kepada penggemar peluncur angin dan lokasi untuk International Monsoon Madness Challenge. Teluk Chempedak di Kuantan juga menyajikan pelbagai jenis sukan air seperti berkayak dan berlayar.

Selam Skuba
Air laut yang hangat serta jarak pandangan yang terang menjadikan Pulau Tioman sebagai syurga kepada penyelam skuba. Batu karang yang cantik dan tidak terjejas membentuk pandangan laut yang menarik di sekeliling  pulau itu ditambah pula dengan pelbagai jenis ikan yang menjadikan kawasan itu sebagai habitat semulajadi.

Merentas Hutan
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hutan hujan, ada banyak destinasi yang boleh anda lawati untuk aktiviti kembara dan merentas hutan. Terdapat Taman Negara dengan laluan kanopinya, Gunung Tahan yang terkenal sebagai gunung yang tertinggi di Malaysia Barat, serta Taman Negara Endau–Rompin dan Taman Rimba Kenong.

Golf
Terdapat banyak kelab-kelab golf di Pahang sebagai pilihan kepada pemain golf seperti Kelab Golf DiRaja Pahang, Awana Golf and Country Resort di Genting Highlands, Bukit Tinggi Golf and Country Club di Bukit Tinggi, Berjaya Beach Golf and Spa Resort di Pulau Tioman dan banyak lagi. Anda boleh bermain golf di tanah tinggi yang udaranya sejuk dan nyaman atau bermain di tepi pantai yang berlatarkan deruan ombak .

Rakit Redah Jeram
Jika anda meminati aktiviti lasak, anda boleh merancang untuk ke Jeram Besu, salah satu lokasi  rakit redah jeram yang terbaik di Malaysia. Selain daripada itu, Sungai Telom ialah satu lagi lokasi yang dianggap sebagai salah satu laluan sungai terlasak di dunia. Tempat popular lain untuk perakit rekreasi ialah Sungai Tembeling, Endau-Rompin, Janda Baik-Bukit Tinggi, Sungai Anak Jelai dan Sungai Lipis.

Mengkaji Burung
Acara tahunan Fraser’s Hill International Bird Race diadakan pada pertengahan bulan Jun dan telah menarik ramai peminat-peminat burung dari seluruh dunia. Ianya adalah satu acara yang menyeronokkan dimana pencinta-pencinta alam bertanding sesama sendiri untuk melihat, mengenal pasti dan merekod paling banyak spesies burung dalam waktu dan lokasi yang telah ditetapkan. Lokasi lain yang sesuai untuk mengkaji burung termasuklah Taman Negara dengan lebih daripada 300 spesies burung yang telah dilihat dan direkodkan dan juga Taman Negara Endau-Rompin yang merekodkan lebih daripada 250 spesies burung.

Eksplorasi Gua
Gunung Senyum mempunyai sekurang-kurangnya 20 gua yang boleh dilalui menjadikannya tempat yang sangat ideal untuk merasai pengalaman suasana gua yang unik. Anda juga boleh merasai pengalaman merangkak melalui Gua Telinga  di Taman Negara atau Gua Batu, Gua Harimau, Gua Batu Tinggi dan  Gua Hijau di Taman Timba Kenong.

Terdapat juga gua kuil yang dipanggil Gua Panching (Charas Cave) di Bandar Sungai Lembing.

Taman Air
Bukit Gambang Resort City ialah taman air yang pertama dan terbesar di Pantai Timur Malaysia. Antara tarikan yang menarik dan unik termasuklah tasik buatan manusia seluas 20 ekar dengan pemandangan yang sangat mengagumkan. Taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti air yang menarik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Mendaki Gunung
Gunung Tahan ialah gunung yang tertinggi di Malaysia Barat yang terletak di kawasan Taman Negara, Pahang. Terdapat juga gunung-gunung lain di Pahang untuk didaki seperti di Tanah Tinggi Cameron (Gunung Brinchang, Gunung Beremban, Gunung Jasar dan Gunung Perdah).

Menunggang Kuda
Terdapat beberapa lokasi di Pahang yang terkenal dengan aktiviti menunggang kudanya. Aktiviti menunggang kuda boleh didapati di  Mahkota Equine Centre Kuantan, Bukit Fraser, Awana Horse Ranch di  Genting Highlands dan juga di Berjaya Hills, Bukit Tinggi.

Memancing
Pahang juga merupakan lokasi tasik yang terbesar di Malaysia - Tasik Bera dan Tasik Chini - yang sangat sesuai untuk sukan memancing dan bersiar-siar dengan bot. Royal Pahang Billfish International Challenge di Rompin ialah salah satu pertandingan memancing yang paling mencabar dan yang terbaik di dunia.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution