Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Tanah Tinggi


Print Email

Iklim yang panas dan lembab di Malaysia adalah secara umumnya disekitar suhu 22°C (pada waktu malam) dan 33°C (pada waktu siang). Walau bagaimanapun, iklim di kawasan tanah tinggi Pahang mempunyai perbezaan suhu yang sangat ketara berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Di kawasan tanah tinggi Pahang, suhu diwaktu siang adalah sederhana panas iaitu 22°C, sementara pada waktu malam suhu agak sejuk pada 15°C.

Cameron Highlands 
Cameron Highlands ialah resort tanah tinggi utama di Malaysia. Ianya merupakan tempat peranginan yang tertinggi dengan suhu disekitar 16°C hingga 24°C. Tarikan utamanya terletak pada ladang-ladang teh yang luas berserakan yang ditanam sejak tahun 1929. Anda boleh merasai sendiri pengalaman memetik daun teh hinggalah ke peringkat ia digred dan diproses. Antara ladang teh yang mesti dilawati ialah Ladang Teh Boh, Ladang Teh Sungai Palas dan Ladang Teh Cameron Valley.

Cameron Highlands merupakan pengeluar utama sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar di Malaysia. Ia juga terkenal dengan kebun buah strawberi, rama-rama, lebah madu dan tempat yang sesuai untuk merentas hutan dan mengkaji burung.

Genting Highlands
Genting Highlands, pusat peranginan yang terkenal dengan jolokan kota keriangan, terletak 2,000 meter di atas paras laut dan terletak di sempadan Pahang-Selangor. Ia menawarkan  aktiviti  yang menyeronokkan dan menghiburkan dimana di puncak tanah tinggi tersebut terdapat Taman Tema dan Kasino. Untuk pengalaman yang lebih mencabar, anda boleh naik ke puncak dengan menaiki Genting Skyway yang merupakan kereta kabel paling laju di dunia serta terpanjang di Asia Tenggara. Tarikan lain di Genting Highlands termasuklah padang golf 18 lubang di Awana Golf and Country Club. Awana Horse Ranch pula menawarkan kelas menunggang kuda dan untuk bersiar-siar, manakala Taman Eco di situ pula menawarkan pelbagai aktiviti eko-sukan untuk pencinta alam.            

Bukit Fraser
Bukit Fraser dianggap sebagai bukit yang paling cantik di antara pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia. Terletak kira-kira 1,524 meter diatas paras laut di Banjaran Titiwangsa, anda boleh merasai pengalaman percutian ala kedesaan dalam suasana yang sejuk dan menyegarkan di kotej ala-Tudor yang dibina dengan batu granit di tengah-tengah taman gaya Inggeris. Bukit Fraser sudah lama menjadi lokasi mengkaji burung untuk pengkaji tempatan dan antarabangsa.

Bukit Tinggi
Bukit Tinggi hanyalah satu jam perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur dan terkenal sebagai tempat peranginan yang unik dengan pelbagai budaya dunia. Di sini ada Colmar Tropicale, satu koleksi replika bangunan kurun ke-16 dari sebuah perkampungan di timur laut Perancis dan juga perkampungan Jepun berinspirasi Zen yang terdiri daripada Japanese Tea House, bilik kediaman Sakura dan Ume Tatami serta Taman Botani. Terdapat juga taman arnab, kawasan perlindungan rusa, aktiviti menunggang keldai, memanah dan sesi melukis untuk keseronokan kanak-kanak.

   


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution