Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Soalan Lazim


Print Email

S: Berapakah harga tanah untuk kawasan perindustrian di Pahang?
J: Harga tanah berbeza-beza berdasarkan kawasan perindustrian. Sila rujuk kawasan perindustrian di bawah untuk harga tanah:
  1. Kawasan Perindustrian Gebeng
  2. Kawasan Perindustrian Bentong 2B
  3. Kawasan Perindustrian Minyak & Gas and Maritim Tanjung Agas
  4. Kawasan Perindustrian Kechau Tui
  5. Kawasan Perindustrian Rompin
  6. Kawasan Perindustrian Peramu
  7. Taman Teknologi Pahang (Gambang)
  8. Kawasan Perindustrian Temerloh
  9. Kawasan Perindustrian Bentong 2A
  10. Kawasan Perindustrian Muadzam Shah
Nota: Kadar tersenarai untuk semua tanah industri boleh dirundingkan berdasarkan pada penerangan lanjut dan pertimbangan oleh pihak pengurusan PKNP.
 
 
S: Apakah syarat untuk memohon untuk tanah perindustrian di Pahang?
J: Pembeli atau pelabur boleh memohon untuk tanah perindustrian dengan mengeluarkan “Letter of Intent” kepada PKNP melahirkan hasrat untuk membeli tanah perindustrian. PKNP kemudiannya akan membimbing pembeli atau pelabur berpotensi sehingga ke peringkat seterusnya.

 
S: Apakah infrastruktur dan kemudahan sedia ada yang boleh didapati di kawasan perindustrian?
J: Kawasan perindustrian di Pahang dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan bagi memenuhi keperluan banyak jenis perniagaan. Antara prasarana sedia ada dan kemudahan termasuk:
  1. Tenaga dan bekalan air
  2. Perkhidmatan pelabuhan (untuk kawasan perindustrian dekat Pelabuhan Kuantan)
  3. Kemudahan Utiliti Berpusat (CUF)
  4. Kemudahan Telekomunikasi
  5. Sistem Pengangkutan
  6. Dan banyak lagi
 
S: Apakah insentif-insentif diberi oleh Kerajaan kepada pelabur-pelabur di Pahang?
J: Antara insentif-insentif yang pelabur-pelabur di Pahang boleh nikmati termasuk:
  1. Taraf Perintis
  2. Elaun Cukai Pelaburan
  3. Elaun Pelaburan Semula
  4. Elaun Kemudahan
  5. Pengecualian dari Duti Cukai
Pelabur-pelabur perlulah memohon untuk insentif-insentif melalui agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). PKNP sebagai Agensi Perkhidmatan Setempat untuk pelabur-pelabur di Pahang sentiasa bersedia untuk membantu pelabur-pelabur untuk tindakan lanjut permohonan.

 
S: Apakah status tanah perindustrian di Pahang?
J: Pada masa ini, tanah adalah kepunyaan Kerajaan Negeri Pahang. PKNP sebagai pemilik bermanfaat untuk tanah perindustrian di Pahang mempunyai kuasa untuk berurusan terus dengan pelabur-pelabur.

 
S: Apakah jenis-jenis kelulusan diperlukan untuk pembelian tanah?
J: PKNP sebagai Agensi Perkhidmatan Setempat untuk industri pembuatan di Pahang akan membantu pelabur-pelabur mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan seperti dari Jabatan Alam Sekitar (DOE), Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi berkaitan lain sebelum memulakan perniagaan.

 
S: Bagaimanakah situasi tenaga kerja di Pahang?
J: Terdapat jumlah tenaga kerja berpengetahuan dan mahir yang tinggi di Pahang. Beberapa institusi di Pahang menyediakan bekalan tenaga kerja mencukupi seperti:
  1. Institut Latihan Perindustrian, Gebeng
  2. Institut Latihan Kemahiran MARA, Pekan
  3. Pusat Kemahiran dan Pembangunan, Pahang
  4. IKIP (Kolej Antarabangsa Pahang), Kuantan
  5. UMP (Universiti Malaysia Pahang)
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Jabatan Buruh Pahang menyediakan platform bagi semua majikan menemui pekerja berpotensi melalui pelbagai aktiviti seperti Hari Kerjaya, Temuduga Pekerjaan ataupun melalui portal di www.jobsmalaysia.gov.my.

 
S: Bagaimanakah kemudahan telekomunikasi di Pahang?
J: Rangkaian telekomunikasi di Pahang telah mengalami peningkatan mengagumkan yang akan memuaskan hati pelabur-pelabur ke Pahang. Perkhidmatan telekomunikasi di Pahang sebahagian besarnya adalah disediakan oleh Telekom Malaysia (TM), satu lagi syarikat berkaitan Kerajaan. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan dari ISDN, Garis Digital, MAYPC, Internet HSDPA, Persidangan Video dan Perkhidmatan Jalur Lebar.
 


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768