Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Taman Industri Minyak & Gas dan Maritim Tanjung Agas


Print Email

Taman Industri Minyak & Gas dan Maritim Tanjung Agas sedang dibangunkan di Pekan, Pahang sejak tahun 2011 yang mana infrasruktur asas seperti jalanraya, jambatan dan lampu jalan telahpun siap dibangunkan pada julai 2011. Status terkini, kerja-kerja pembangunan Sistem Bekalan Elektrik dan Air sedang dalam proses dibangunkan. Dijangka, bekalan air dan elektrik akan dapat dibekalkan menjelang awal 2017.

Kawasan Perindustrian tersebut bakal menjadi pangkalan bekalan dan hab perkhidmatan marin bagi menyediakan kemudahan moden dan lengkap untuk industri minyak dan gas.

Fakta Pantas Taman Industri Minyak & Gas dan Maritim Tg. Agas
Jarak Dari Bandar Terdekat
50km dari bandar Kuantan, 10km dari bandar Pekan
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar)
1,724
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) Kawasan belum dibangunkan
Jumlah Tanah (hektar) 1,724
Harga Jualan (RM per kaki persegi) Tidak diperolehi
Cukai Tanah Tahunan (RM) Tidak diperolehi
Taksiran Tahunan Tidak diperolehi
Tempoh Pajakan 99 tahun
Jenis Industri
Minyak dan Gas, Pangkalan Bekalan, Perkhidmatan Marin
 
Kemudahan dan Infrastruktur
Kawasan perindustrian bernilai RM2 billion itu bakal menjadi menjadi pusat sehenti moden pertama untuk industri maritim, minyak dan gas di Malaysia. Di samping projek-projek komersil dan perumahan, pembangunan kawasan tersebut turut meliputi:
  • Gudang-gudang dan kilang-kilang
  • Limbungan
  • “Major fabrication yards”
  • “Dredger yards”
  • “Dock yards”
  • Bangunan pejabat komersil
  • Stor LNG/LPG dan stor “re-gas” loji petroleum dan pengadunan serta kilang penapisan
  • Pangkalan bekalan, rekaan kecil dan dermaga minyak dan gas untuk pembaikan, pembaharuan dan penyenggaraan +2km tepi pantai 
  • Kilang pengurusan sisa bersepadu dan kilang CoGen +500 meter tepi pantai 
  • Terminal petroleum
  • Terminal pukal cecair
Kawasan perindustrian itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar untuk memastikan perhubungan yang cepat ke setiap sudut dunia dan membenarkan pelabur-pelabur dan pengguna-pengguna menjalankan perniagaan atau urus niaga perbankan dengan rakan kongsi mereka dari setiap pelusuk dunia.
 
Perbadanan Multinasional 

Kawasan perindustrian ini dijangka dapat menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan disebabkan lokasi strategiknya di pantai timur menghadap Laut China Selatan serta berhampiran dengan Sungai Pahang. Lokasinya, di tengah kawasan pertumbuhan “upstream and downstream” cari gali dan aktiviti pengeluaran minyak dan gas, menjadikan ia satu kawasan strategik untuk industri minyak dan gas dan marin. Kedudukan unggul kawasan ini menyumbang kepada pengukuhan keboleh hidupan (viability) pembangunan dan peneraju kepada lebih banyak faedah ekonomi untuk kawasan serantau.
 
Kerja-kerja membangunkan kawasan perindustrian ini kini adalah dibawah syarikat TGA Solutions Sdn Bhd di mana Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) mempunyai kepentingan 30% di dalam syarikat tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Taman Industri Minyak & Gas dan Maritim Tg. Agas, sila hubungi:
 
TGA Solutions Sdn Bhd
Suite 16.03-05, Level 16, 
Wisma Goldhill,
No. 67, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur.
Tel: +60 (3) 2072 3082 | +60 (3) 2072 3085
Fax: +60 (3) 2072 3084

Peta
Peta Kawasan Industri

Peta Kawasan Perindustrian Minyak & Gas dan Logistik Tanjung Agas


Peta Lokasi

View Larger Map

   
50km from Kuantan town, 10km from Pekan town


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768