KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Model unit komponen terurai (CLD) pertama Volkswagen Passat, mula dikeluarkan di Kompeks Automotif DRB-Hicom di Pekan.
"Volkswagen Group Malaysia sudah mengemukakan harga runcit CKD Passat kepada kerajaan dan kini menunggu kelulusan," kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, dalam kenyataan Rabu bagi menjelaskan laporan awal bahawa model itu akan memasuki pasaran pada Selasa.
DRB-Hicom setakat ini sudah memasang 70 unit model CKD Passat 1.8.
"Volkswagen Group Malaysia akan membuat pengumuman membabitkan kesediaan CKD Volkswagen Passat dan mencadangkan harga runcit dalam tempoh terdekat," katanya.
Pada Ogos 2010, Volkswagen AG menandatangani memorandum persefahaman dengan DRB-Hicom untuk mengeluar kereta Volkswagen di kompleks automotif DRB-Hicom.
Sumber: BERNAMA
|