Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Hab Makanan Halal


Print Email

Hab Makanan Halal di Pahang

Sejajar dengan pelan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pahang telah bersedia untuk menjadi hab makanan halal antarabangsa dari segi penjenamaan, pemprosesan dan pemasaran makanan halal dengan terbinanya Taman Halal Pahang di Kawasan Perindustrian Gambang, Kuantan.
 
Peluang Makanan Halal yang Besar
Industri makanan halal mempunyai peluang yang sangat besar dengan Malaysia sahaja sebagai pasaran domestik tersedia untuk makanan halal yang penduduk majoritinya beragama Islam. Dengan jumlah penduduk Islam di dunia seramai 2 bilion sekarang, pasaran global untuk makanan halal dianggarkan kira-kira US$547 bilion setahun.
 
Bekalan Sumber Mentah yang Melimpah
Sebagai negeri ketiga terbesar di Malaysia, Pahang kaya dengan hutan yang mempunyai sumber semula jadi yang ideal untuk kajian, pembangunan dan pemprosesan makanan halal. Iklimnya yang sesuai untuk musim penanaman yang panjang menjamin bekalan hasil pertanian yang berterusan. Pinggir laut  Pahang yang panjang serta sungai dan tasik yang banyak membantu sektor perikanan dengan produk tangkapan laut dan akuakultur.
 
Sokongan Kuat Kerajaan
Kerajaan telah mengambil langkah yang kukuh untuk membaiki dan menambah pengeluaran pertanian dan mengamalkan polisi terbuka membenarkan pengimportan bahan mentah bebas cukai untuk membolehkan industri halal menepati permintaan pasaran tertentu. 

Di samping itu,industri makanan halal disokong oleh agensi kerajaan seperti  Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC) yang memperakui produk makanan halal. Untuk memastikan kualiti produk halal, Kerajaan melalui SIRIM Berhad telah memperkenalkan MS1500:2004, pensijilan makanan halal yang menggabungkan GMP dengan keperluan sanitari.
 
Tenaga Kerja yang Berkelayakan untuk Teknologi Makanan
Memandangkan industri makanan halal mempunyai potensi yang tinggi, Kerajaan terus meningkatkan dan mengembangkan tenaga kerjanya melalui program latihan di pusat latihan awam dan swasta. Latihan dan kursus memproses makanan banyak ditawarkan untuk mengeluarkan graduan sains makanan dan teknologi yang berkelayakan sebagai memenuhi permintaan industri. Agensi Kerajaan yang berkaitan menganjurkan kursus pengurusan ladang dan teknologi pengeluaran serta teknologi pemprosesan makanan seperti:
  1. Institut Kajian dan Pembangunan Pertanian Malaysia
  2. Jabatan Perikanan
  3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  4. FAMA
 
Pahang sebagai Hab Makanan Halal
Dengan kesediaan Pahang menjadi hab makanan halal antarabangsa, kemudahan-kemudahan yang akan diperolehi turut dirancang dengan pembangunan Kompleks Makanan Halal di Taman Halal Pahang, Kawasan Perindustrian Gambang. Taman Makanan (Food Park) tersebut yang dijadikan pusat sehenti mempamerkan infrastruktur lengkap seperti pejabat pentadbiran, kilang, makmal dan tempat storan sejuk. Selain daripada mewujudkan pusat untuk pengeluaran makanan halal berkualiti, bersih dan selamat, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan taman makanan tersebut sebagai pusat untuk pengeluaran produk berasaskan daging yang diperakui halal untuk pasaran dunia.

Pautan berkaitan:


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768