Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Insentif Syarikat Teknologi Tinggi


Print Email

Sebuah syarikat teknologi tinggi adalah sebuah syarikat yang terbabit dalam aktiviti digalakkan atau dalam pengeluaran produk digalakkan dalam bidang teknologi baru dan sedang muncul.

Sebuah syarikat teknologi tinggi layak untuk:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun.  Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya.

Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya.

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Syarikat teknologi tinggi mestilah memenuhi kriteria berikut:

1 Peratusan perbelanjaan R&D tempatan berbanding jualan kasar hendaklah sekurang-kurangnya 1%  setiap tahun.  Syarikat mempunyai 3 tahun dari tarikh operasi atau memulakan perniagaan untuk memenuhi keperluan ini.
2 Staf sains dan teknikal yang berijazah atau berdiploma dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun hendaklah sekurang-kurangnya 7% daripada jumlah tenaga pekerja syarikat.

Lihat: Senarai Aktiviti & Produk Digalakkan  - Syarikat Teknologi Tinggi (PDF, 53kb)


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768