Skip links

Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (TAIA)

Kawasan Perindustrian

Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (TAIA)

Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (TAIA) sedang dibangunkan di Pekan, Pahang sejak tahun 2011 yang mana infrasruktur asas seperti jalanraya, jambatan dan lampu jalan telahpun siap dibangunkan pada julai 2011. Status terkini, kerja-kerja pembangunan Sistem Bekalan Elektrik dan Air sedang dalam proses dibangunkan. Dijangka, bekalan air dan elektrik akan dapat dibekalkan menjelang awal 2017. Kawasan Perindustrian tersebut bakal menjadi pangkalan bekalan dan hab perkhidmatan marin bagi menyediakan kemudahan moden dan lengkap untuk industri minyak dan gas.

Fakta Pantas Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (TAIA)
Jarak Dari Bandar Terdekat 50km dari bandar Kuantan, 10km dari bandar Pekan
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar) 1,710.1
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) 1,710.1
Jumlah Tanah (hektar) 1,438.3
Harga Jualan (RM per kaki persegi) (Pajakan - Kadar Boleh Dirunding)
Cukai Tanah Tahunan (RM) NA
Taksiran Tahunan NA
Tempoh Pajakan NA
Jenis Industri Minyak dan Gas, Pangkalan Bekalan, Perkhidmatan Marin

Kemudahan dan Infrastruktur

Kawasan perindustrian bernilai RM2 billion itu bakal menjadi menjadi pusat sehenti moden pertama untuk industri maritim, minyak dan gas di Malaysia. Di samping projek-projek komersil dan perumahan, pembangunan kawasan tersebut turut meliputi:

    • Gudang-gudang dan kilang-kilang
    • Limbungan
    • Lapangan fabrikasi utama
    • Kawasan kapal korek
    • Halaman dok
    • Bangunan pejabat komersil
    • Stor LNG/LPG dan stor “re-gas” loji petroleum dan pengadunan serta kilang penapisan
    • Pangkalan bekalan, rekaan kecil dan dermaga minyak dan gas untuk pembaikan, pembaharuan dan penyenggaraan +2km tepi pantai
    • Kilang pengurusan sisa bersepadu dan kilang CoGen +500 meter tepi pantai
    • Terminal petroleum
    • Terminal pukal cecair

 

Kawasan perindustrian itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar untuk memastikan perhubungan yang cepat ke setiap sudut dunia dan membenarkan pelabur-pelabur dan pengguna-pengguna menjalankan perniagaan atau urus niaga perbankan dengan rakan kongsi mereka dari setiap pelusuk dunia.

Perbadanan Multinasional

Antara pelabur yang akan mengambil bahagian dalam pembangunan taman minyak dan gas dan logistik itu ialah:

    • Tec-Steel Manufacturing Sdn Bhd
    • Vantech Dockyard (M) Sdn Bhd
    • Bitari Abadi Sdn Bhd
    • USA Tech Marine (M) Sdn Bhd

 

Kawasan perindustrian ini dijangka dapat menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan disebabkan lokasi strategiknya di pantai timur menghadap Laut China Selatan serta berhampiran dengan Sungai Pahang. Lokasinya, di tengah kawasan pertumbuhan “upstream and downstream” cari gali dan aktiviti pengeluaran minyak dan gas, menjadikan ia satu kawasan strategik untuk industri minyak dan gas dan marin. Kedudukan unggul kawasan ini menyumbang kepada pengukuhan keboleh hidupan (viability) pembangunan dan peneraju kepada lebih banyak faedah ekonomi untuk kawasan serantau.

Kerja-kerja membangunkan kawasan perindustrian ini kini adalah dibawah syarikat TGA Solutions Sdn Bhd di mana Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) mempunyai kepentingan 30% di dalam syarikat tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (TAIA), sila hubungi:

TGA Solutions Sdn Bhd,
Suite 16.03-05, Level 16,
Wisma Goldhill,
No. 67, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur.
Tel: +60 (3) 2072 3082 | +60 (3) 2072 3085
Faks: +60 (3) 2072 3084

Klik untuk besarkan

Peta: Peta Kawasan Perindustrian

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content