Skip links

Incentif untuk Kepenggunaan Biomass Kelapa Sawit

Insentif Kerajaan

Incentif untuk Kepenggunaan Biomass Kelapa Sawit

Syarikat-syarikat yang menggunakan biomass kelapa sawit untuk mengeluarkan produk ditambah nilai seperti papan partikel, papan gentian ketumpatan sederhana, papan lapis, pulpa dan kertas layak untuk insentif berikut:

Syarikat-syarikat Baru

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya.

Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 70% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas pendapatan berkanun tambahan yang berpunca daripada pelaburan semula untuk tempoh 5 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak tambahan ditanggungi dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content