Skip links

Insentif bagi Industri Automotif

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Industri Automotif

Penggalakan pemasangan dan pembuatan Kenderaan Cekap Tenaga dan komponen/sistem kritikalnya adalah penting untuk meningkatkan pembangunan industri automotif Malaysia.

MIDA menyediakan insentif dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan atau pengecualian cukai bersamaan dengan Elaun Cukai Pelaburan (ITA) untuk tempoh lima atau sepuluh tahun kepada syarikat yang mempunyai rancangan untuk melaksanakan aktiviti berikut:-

i. Pemasangan Kenderaan Cekap Tenaga;

ii. Pengilangan Komponen/Sistem Kritikal untuk Kenderaan Cekap Tenaga atau Kenderaan Tidak Cekap Tenaga seperti penghantaran, enjin, beg udara & komponen, mekanisme pengendalian & kawalan dan mekanisme brek;

iii. Pengilangan komponen untuk Kenderaan Hibrid dan Elektrik seperti motor elektrik, bateri elektrik dan sistem pengurusan bateri.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content