Skip links

Insentif bagi Penggunaan Biojisim Kelapa Sawit untuk Mengeluarkan Produk Nilai Ditambah

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Penggunaan Biojisim Kelapa Sawit untuk Mengeluarkan Produk Nilai Ditambah

Syarikat yang menggunakan biojisim kelapa sawit bagi mengeluarkan produk nilai ditambah seperti bahan kimia berasaskan bio, biobahan api, papan zarah, papan gentian kepadatan sederhana, papan lapis, palpa dan kertas, layak mendapat insentif berikut:

i. Syarikat Baru

a) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh sepuluh tahun. Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan.

Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut.

b) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang ditanggung untuk tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

ii. Insentif bagi Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula

a) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun tambahan yang dihasilkan daripada pelaburan semula untuk tempoh sepuluh tahun. Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan.

Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut.

b) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang ditanggung untuk tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content