Skip links

Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

Sebuah syarikat teknologi tinggi ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan dalam bidang teknologi baru dan sedang muncul (sila lihat Lampiran II: Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Syarikat Teknologi Tinggi). Sebuah syarikat teknologi tinggi layak mendapat:

i) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan.

Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan selama tempoh tujuh tahun berturut-turut;

ii) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang ditanggung untuk tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak daripada sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content