Skip links

Insentif untuk Elaun Cukai Pelaburan

Insentif Kerajaan

Insentif untuk Elaun Cukai Pelaburan

Elaun Cukai Pelaburan (ITA) adalah salah satu insentif cukai utama bagi syarikat yang melaburan di sektor perkilangan. Kelayakan untuk ITA adalah berasaskan keutamaan-keutamaan tertentu termasuk tahap tokokan nilai, teknologi digunakan dan hubungan-hubungan perindustrian

Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA –Investment Tax Allowance). Syarikat yang diberikan ITA mendapat elaun 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, loji, jentera dan kelengkapan-kelengkapan lain yang digunakan untuk projek diluluskan) ditanggungi dalam 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan.

Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun syarikat berkenaan bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa.

Untuk pelaburan di Pahang iaitu sebahagian daripada “Koridor Timur”, permohonan-permohonan yang diterima daripada syarkat-syarikat akan menikmati elaun 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanunnya untuk setiap tahun taksiran. Permohonan yang diterima sebelum 31 Disember 2010 layak untuk insentif ini.

Permohonan untuk ITA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content