Skip links

Insentif bagi Projek Strategik

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Projek Strategik

Projek strategik melibatkan produk atau aktiviti berkepentingan negara. Biasanya, ia membabitkan pelaburan yang besar dengan tempoh membuat keuntungan yang lama, berparas teknologi yang tinggi, dan bersepadu, menjana rangkaian yang luas, dan mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi.

Projek sedemikian layak untuk:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam masa 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan. Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content