Skip links

Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan

Insentif Kerajaan

Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan

Insentif cukai utama bagi syarikat yang melabur dalam sektor perkilangan ialah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan. Kelayakan untuk Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan adalah berdasarkan keutamaan tertentu, termasuk tahap nilai ditambah, teknologi yang digunakan dan rangkaian perindustrian. Aktiviti dan keluaran yang layak diistilahkan sebagai “aktiviti digalakkan” atau “keluaran digalakkan” (sila lihat Lampiran I: Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Am).

Syarikat perlu menyerahkan permohonannya kepada MIDA sebelum memulakan operasi/pengeluaran.

i)Taraf Perintis

Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tempoh lima tahun. Ia membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya*, dan tempoh pengecualian bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari paras pengeluarannya mencecah 30% daripada kapasitinya).

Elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan. Kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan selama tempoh tujuh tahun berturut-turut.

Permohonan bagi Taraf Perintis hendaklah diserahkan pada MIDA

ii)Elaun Cukai Pelaburan

Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance atau ITA). Syarikat yang diberikan ITA berhak menerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak (seperti kilang, loji, jentera dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) yang ditanggung dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun syarikat berkenaan bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa.

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content