Skip links

Takrif Berhasrat untuk Pemberian Insentif Cukai di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 untuk Syarikat Milik Rakyat Malaysia

Insentif Kerajaan

Takrif Berhasrat untuk Pemberian Insentif Cukai di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 untuk Syarikat Milik Rakyat Malaysia

Di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA), 1986, kriteria utama bagi sebuah syarikat untuk menikmati insentif cukai ialah syarikat mestilah ‘berhasrat’ dalam mewujudkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang digalakkan atau menghasilkan suatu keluaran yang digalakkan yang belum memulakan pengeluarannya.

i. Definisi pengeluaran:

a. Syarikat Perkilangan - Syarikat telah mula menghasilkan keluaran (termasuk pengeluaran percubaan).

b. Syarikat Perkhidmatan - Syarikat telah mengeluarkan invois pertama untuk perkhidmatan yang diberikan.

ii. Syarikat dalam Proses Pengeluaran

Syarikat perkilangan dan perkhidmatan milik rakyat Malaysia yang telah pun menjalankan proses pengeluaran tidak memenuhi syarat klausa ‘berhasrat’ di bawah PIA, 1986. Walau bagaimanapun, berkuat kuasa dari 3 Julai 2012, syarikat milik rakyat Malaysia yang telah memulakan proses pengeluaran dalam tempoh satu tahun dari tarikh permohonan kepada MIDA layak dipertimbangkan untuk mendapat insentif cukai.

iii. Insentif

Pengecualian cukai bersamaan dengan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan berdasarkan kadar dan kriteria kelayakan semasa di bawah PIA, 1986.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content