Skip links

PKNP Sebagai "One Stop Agency" (OSA) Perkilangan Negeri Pahang

Bahagian Perindustrian PKNP baru-baru ini telah menyelaraskan satu Mesyuarat OSA bersama pelabur bagi membincangkan isu-isu dan keperluan Projek Pembinaan Kilang "Metal Catalyst Recovery" oleh Syarikat Taiyo Koko Malaysia Sdn. Bhd.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Seminar PKNP, Tingkat 3, Kompleks Teruntum turut dihadiri oleh wakil Jabatan dan Agensi yang dijemput bagi memberi input berkaitan keperluan teknikal dan dokumentasi yang diperlukan di Negeri Pahang sebagai persediaan pihak syarikat membuat permohonan Kebenaran Merancang bagi projek di Kawasan Perindustrian Gebeng, Mukim Sungai Karang, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pemangku Pengurus Perindustrian En Mohd Rizal Redzuan, turut hadir Pemangku Pengurus Teknik Encik Issma Rohaizad Abdul Wahab dan Puan Nur Afiqah Haballah Penolong Pengurus Perindustrian.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content