Skip links

Lawatan Kerja ke Kawasan Perindustrian di bawah Seliaan PKNP

PKNP act as a Pengurusan Perkhidmatan Setempat PKNP selaku One-Stop-Agency Sektor Perkilangan Negeri Pahang amat berbesar hati menyelaraskaan satu lawatan kerja buat Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang iaitu YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohammad Najib baru-baru ini.

Lawatan kerja ini secara tidak langsung telah memberi ruang kepada para pelabur untuk berinteraksi secara esklusif bersama YB. Dato' Mohamad Nizar dalam perkongsian pencapaian serta cabaran-cabaran yang dihadapai oleh pekilang dalam industri yang diceburi mereka.

Dikesempatan ini juga, YB. Dato' Mohamad Nizar serta para jemputan berpeluang untuk melihat sendiri operasi-operasi yang dijalankan di Kilang ND Paper (Malaysia) Sdn. Bhd., di Kawasan Perindustrian Bentong IIB, Kilang Passcorp Paper Industries Berhad di Kawasan Perindustrian Bentong I, serta Kilang Ketech Asia Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Padang Tengku, Lipis.

Turut hadir mengiringi lawatan kerja ini ialah Encik Mohd Razif bin Abdul Malek selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), Dato’ Mohammad Shahid bin Ismail selaku Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Rose Samsul bin Abdul Razak selaku Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Bentong, serta pegawai-pegawai terlibat dari Agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content