Skip links

Incentif untuk Syarikat Kecil dan Sederhana

Insentif Kerajaan

Incentif untuk Syarikat Kecil dan Sederhana

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana dengan modal berbayar RM2.5 juta ke bawah layak mendapat 20% pengurangan cukai syarikat ke atas pendapatan bercukai setakat RM500,000. Kadar cukai ke atas baki pendapatan bercukai kekal pada 26%.

Syarikat-syarikat perkilangan saiz kecil yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang-pemegang saham tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti warga Malaysia layak untuk insentif berikut:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam masa 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan. Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Sebuah pemilikan tunggal atau perkongsian layak memohon insentif ini dengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad/syarikat berhad baru ditubuhkan untuk mengambil alih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada.

Untuk layak mendapatkan insentif ini, sebuah syarikat kecil hendaklah memenuhi salah satu kriteria berikut:

1 Nilai ditambah mestilah sekurang-kurangnya 15%; atau
2 Projek menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

Syarikat hendaklah menjalankan pengilangan produk atau menyertai aktiviti yang disenaraikan sebagai produk dan aktiviti yang digalakkan untuk syarikat-syarikat kecil

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sila lihat: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan untuk Syarikat Kecil

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content