Skip links

Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

Insentif Kerajaan

Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

Sebuah syarikat teknologi tinggi adalah sebuah syarikat yang terbabit dalam aktiviti digalakkan atau dalam pengeluaran produk digalakkan dalam bidang teknologi baru dan sedang muncul.

Sebuah syarikat teknologi tinggi layak untuk:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam masa 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan. Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya.

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Syarikat teknologi tinggi mestilah memenuhi kriteria berikut:

1 Peratusan perbelanjaan R&D tempatan berbanding jualan kasar hendaklah sekurang-kurangnya 1% setiap tahun. Syarikat mempunyai 3 tahun dari tarikh operasi atau memulakan perniagaan untuk memenuhi keperluan ini.
2 Staf sains dan teknikal yang berijazah atau berdiploma dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun hendaklah sekurang-kurangnya 7% daripada jumlah tenaga pekerja syarikat.

Sila lihat: Senarai Aktiviti & Produk Digalakkan - Syarikat Teknologi Tinggi

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content