Skip links
Image Annual Malaysia - Japan Meeting

Mesyuarat Agung Tahunan “Malaysia - Japan Economic Association” (Majeca) Kali Ke - 46

Malaysia - Japan Economic Association (MAJECA) merupakan persatuan yang menghubungkan dua (2) negara iaitu Malaysia dan Jepun dimana fokus utamanya adalah mewujudkan hubungan ekonomi yang dinamik bersama.

Keahlian PKNP di dalam persatuan ini telah memberi pelbagai input dalam mewujudkan jalinan diantara pelabur-pelabur berpotensi untuk dibawa masuk ke Negeri Pahang.

Jumlah keahlian di dalam persatuan ini adalah sebanyak 62 entiti perniagaan yang meliputi penglibatan pihak kerajaan dan juga swasta. Majoriti keahlian adalah dari sektor Pembuatan (7.3%), Hartanah (6.4%), Teknologi (5.5%), dan Perundingan (5.5%)

Mesyuarat Agung Tahunan yang ke - 46 ini telah diadakan di Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur secara fizikal dan juga maya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azman bin Hashim dan wakil PKNP yang hadir adalah Puan Nur Afiqah binti Haballah, penolong pengurus Bahagian Perindustrian PKNP.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content