Skip links

Projek Pembangunan Ladang Solar LSS4 Di Pekan Pahang

PKNP Reneuco Suria Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang ditubuhkan khas oleh PKNP dan juga Reneuco Berhad bagi projek solar berkapasiti 50MV(AC) di atas tapak milik PKNP seluas 230 ekar di Mukim Kuala Pahang, Pekan, Pahang.

Projek ini kini telah mencapai 50% bagi kerja-kerja di tapak dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2023.

Satu majlis bacaan doa selamat serta lawatan tapak telah diadakan dan dihadiri oleh wakil-wakil PKNP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP iaitu Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar. Begitu juga dengan kehadiran wakil-wakil daripada Reneuco Berhad yang diketuai oleh Encik Khairil Ikhzan bin Abd Aziz diikuti dengan kehadiran wakil-wakil kontraktor yg terlibat dalam projek ini.

Projek ini bakal menyediakan 200 peluang pekerjaan disamping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Negeri Pahang secara amnya.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content